WhatsApp alami gangguan teknikal sejak pagi

PENGGUNA khidmat menghantar mesej WhatsApp di Singapura mengalami gangguan teknikal pagi tadi.

Menurut laman mengesan rangkaian downdetector.sg, aplikasi bergerak menghantar mesej itu mengalami isu tersebut sejak 10.14 pagi.

Laman tersebut sejauh ini telah menerima lebih 500 laporan mengenai gangguan teknikal itu.

WhatsApp sebelum ini juga mengalami gangguan teknikal serupa selama lebih setengah jam sekitar 1 pagi pada Tahun Baru 2016.

Pada 18 Januari lalu, aplikasi popular itu mengumumkan ia akan meniadakan bayaran langganan tahunan sebanyak AS$0.99 ($1.42) dan menjadikannya perkhidmatan yang percuma.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 33
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.