Wira Chua Chu Kang diberi anugerah

WIRA Chua Chu Kang yang menyelamatkan jiran-jirannya apabila sebuah unit di bloknya terbakar diberi penghargaan oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pagi tadi.

Encik Faizaltulamri Noorali, 33 tahun, diberi Anugerah Semangat Kemasyarakatan Awam oleh Komander Divisyen SCDF Keempat, Kolonel Ling Young Ern, di Balai Bomba Bukit Batok.

Encik Faizaltulamri telah menyelamatkan beberapa jirannya, termasuk seorang warga emas berusia 63 tahun dan seorang pembantu rumah serta anak majikannya berusia lima tahun, apabila sebuah unit di tingkat lapan di blok 297C, Chua Chu Kang Avenue 2, mengalami kebakaran Isnin lalu.

Meskipun matanya pedih dan beliau sesak nafas, beliau ulang-alik turn naik di bloknya bagi memastikan tiada jirannya yang terperangkap.

Tindakan berani Encik Faizaltulamri turut dihargai Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Zaqy Mohamad, kelmarin.

Waktu Solat

Subuh
5:53
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:40
Maghrib
7:18
Isyak
8:31
3 HR PSI: 32
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.