PELANGGAN pusat beli-belah Wisma Atria di Orchard Road terpaksa meninggalkan bangunan itu ekoran satu kebakaran kecil semalam.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran tersebut sekitar 5.20 petang. Kebakaran kecil itu berlaku di sebuah kedai tingkat dua. Namun insiden itu menjejas hanya kawasan kecil unit tersebut, kata SCDF.