Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wong: Bekalan flat BTO akan ditambah kepada 18,000 tahun depan

Dec 30, 2015 | 11:30 AM



BEKALAN flat Bina Ikut Tempahan (BTO) HDB akan ditambah kepada 18,000 unit tahun depan bagi menampung peningkatan dalam permintaan, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong, pada Rabu (30 Disember).


Merujuk kepada sambutan hangat bagi jualan BTO yang baru ditutup pada November, beliau berkata: "Sebagai respons kepada permintaan meningkat yang kami telah jangka, kami akan membekalkan kira-kira 18,000 unit tahun depan."


Ini tambahan 3,000 unit daripada 15,000 flat BTO yang dilancarkan tahun ini.


"Permintaan meningkat" datang terutamanya daripada perubahan dasar perumahan baru-baru ini, seperti geran dipertingkat dan siling pendapatan bagi flat baru dinaikkan, menyebabkan lebih ramai orang layak bagi BTO.


"Walaupun kami melakukan ini, saya ingin menekankan bahawa kami masih sedar mengenai memastikan kami menjamin bekalan mampan pada jangka panjang," kata Encik Wong kepada pemberita semasa lawatan ke Tampines Greenlace, sebuah projek BTO baru.


"Itu tumpuan pertama kami bagi tahun akan datang - memastikan pasaran perumahan kekal seimbang, kekal mantap, dan kami menyediakan rumah mencukupi bagi rakyat Singapura," ujarnya.


Beliau berkata bekalan tahun depan, yang akan merangkumi semua jenis perumahan berbeza dan lokasi, mungkin disesuaikan kelak mengikut keadaan.


HDB sebelum ini mengurangkan bekalan flat baru tahun ini daripada 16,900 kepada 15,000 kerana pasaran jualan semula yang kian stabil.


Ia juga mengurangkan bekalan BTO tahun lalu, selepas meningkatkan pembinaan selama tiga tahun dari 2011 hingga 2013.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >