Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WP dedah kumpulan pertama calon pilihan raya

Aug 26, 2015 | 03:13 PM



PARTI Pekerja (WP) hari ini memperkenal kumpulan pertama calonnya bagi Pilihan Raya Umum 2015 di ibu pejabat parti di Syed Alwi Road.


Dalam kalangan mereka ialah muka baru Daniel Goh, 42 tahun, seorang profesor sosiologi di Universiti Nasional Singapura (NUS), jurutera Redzwan Hafidz, 30 tahun, dan pengurus kekayaan RHB Bank Dylan Ng, 40 tahun.


Pada 26 Julai, pengerusi WP, Cik Sylvia Lim, mendedahkan bahawa parti itu akan meletak jumlah rekod 28 calon - bertambah daripada 23 pada 2011 - di lima kawasan undi perwakilan berkumpulan (GRC) dan lima kawasan undi perseorangan (SMC).


Selain GRC Aljunied GRC dan SMC Hougang serta Punggol East yang kini dipegang WP, parti itu akan bertanding di GRC East Coast, Jalan Besar, Marine Parade dan Nee Soon, serta SMC Fengshan, MacPherson dan Sengkang West.


Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Gerald Giam dan Anggota Parlimenb GRC Aljunied, Encik Muhamad Faisal Abdul Manap, pergi ke pejabat Jabatan Pilihan Raya pagi ini untuk mengambil kertas pencalonan bagi pihak WP, menurut akhbar The Straits Times.


Encik Giam, 37 tahun, mengesahkan beliau salah seorang daripada 28 calon WP yang akan bertanding.


Mereka juga mengemukakan Sijil Derma Politik calon dan sijil daripada Jawatankuasa Masyarakat Melayu dan Jawatankuasa Masyarakat India dan Kaum Minoriti lain lebih awal dari ada tarikh penutup pada 28 Ogos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >