Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WP ditawarkan tiga kerusi NCMP

Lee Li Lian, Dennis Tan and seorang dari pasukan East Coast WP ditawarkan NCMP
Sep 17, 2015 | 06:00 PM



JABATAN Pilihan Raya telah menulis kepada Parti Pekerja (WP) untuk menawarkan kerusi Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) kepada Cik Lee Li Lian, Encik Dennis Tan dan seorang lagi anggota WP bagi pasukan GRC East Coast.


WP mempunyai hingga Selasa ini untuk menyatakan keinginan mereka menerima tawaran tersebut dan jika demikian, siapakah antara empat calon WP di GRC East Coast yang akan mengisi antara tiga kerusi NCMP itu.


Keempat mereka adalah - konsultan IT Gerald Giam, 37 tahun; ketua eksekutif firma runding cara Leon Perera, 44 tahun; pensyarah sosiologi Daniel Goh, 42 tahun; dan mantan pustakawan Mohamed Fairoz Shariff, 36 tahun.


Cik Lee, 37 tahun, yang merupakan mantan Anggota Parlimen (MP) SMC Punggol East selepas memenangi pilihan raya kecil 2013, tewas kepada calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) Charles Chong dalam pilihan raya umum lalu.


Beliau menerima 48.2 peratus undi. Sebelum ini, Cik Lee telah menyuarakan keengganannya untuk mengisi kerusi tersebut.


Encik Tan, 45 tahun, pula tewas di SMC Fengshan kepada calon PAP Cheryl Chan dengan 42.5 peratus undi.


Manakala pasukan WP di GRC East Coast menerima 39.3 peratus undi selepas kalah kepada pasukan PAP yang diketuai Menteri Tenaga Manusia Lim Swee Say.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >