Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WP lancar manifesto

Aug 29, 2015 | 05:45 PM



PARTI Pekerja hari ini melancarkan manifesto pilihan raya setebal 48-halaman dengan lebih 130 saranan.


Bertajuk Memperkasa Masa Depan Anda atau Empower Your Future, ia dilancarkan di ibu pejabat parti itu di Syed Alwi Road.


Perincian manifesto itu disampaikan anggota muda parti itu termasuk Anggota Parlimen Tanpa Kawasanundi (NCMP), Encik Gerald Chiam dan lima calon baru termasuk Dr Daniel Goh, Cik He Ting Ru, Encik Mohamed Fairoz Shariff, Encik Leon Perera dan Encik Kenneth Foo.


Encik Perera dan Encik Foo belum lagi diumumkan WP sebagai calon secara rasmi.


Parti itu menghasilkan manifesto tersebut berdasarkan penyelidikan yang memakan masa beberapa tahun di samping perdebatan di dalam dan luar WP.


Manifeto tersebut memberi tumpuan kepada isu-isu seperti teras Singapura, keselamatan ekonomi, memperkukuh pendidikan, keluarga, kebajikan sosial dan kediaman, pemerintahan serta hubungan luar negara.


Menurut Encik Giam, pasukan yang menghasilkan manifesto itu merupakan sebuah pasukan yang besar meliputi individu dari dalam parti dan pakar dari luar WP.


“WP beroperasi sebagai sebuah pasukan. Terdapat banyak peranan yang setiap dari kami mainkan,” ujarnya.


Ditanya mengapa manifesto itu dilancarkan calon baru parti, Encik Giam menjawab:


“Di Singapura, mungkin kurang biasa kerana anda selalu melihat Perdana Menteri menyampaikan segalanya. Tapi parti kami membuat keputusan untuk membiarkan mereka yang bertanggungjawab menghasilkan manifesto ini untuk menyampaikannya dan menjelaskan dasar-dasarnya.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >