Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WP: PAP lebih responsif sejak 2011

Sep 02, 2015 | 04:57 PM



PEMIMPIN dan calon lima parti pembangkang memberi Parti Tindakan Rakyat (PAP) gred gagal, tetapi Parti Pekerja (WP) kelihatan berbeza daripada pembangkang lain dalam satu forum televisyen malam tadi (1 Sep).


Wakil PAP bagi forum ChannelNewsAsia itu - Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Lawrence Wong serta Anggota Parlimen Denise Phua - menggesa warga Singapura menilai bukan kad laporan parti itu sahaja, bahkan semua parti.


"Saya percaya kad laporan PAP tidak sempurna, tetapi ia telah membentangkan kad laporan terbaik daripada apa yang saya lihat daripada semua parti politik di Singapura moden," kata Cik Phua.


Namun, wakil Parti Pembaharuan (RP), Parti Demokratik Singapura (SDP), Parti Perpaduan Nasional (NSP) dan Parti Warga Diutamakan (SingFirst) semuanya berkata PAP telah gagal dan menekankan mereka perlu diundi masuk ke Parlimen untuk membantu menyelesaikan masalah.


Bagaimanapun, wakil WP, Encik Leon Perera, berkata PAP telah bertambah baik dan menjadi lebih responsif sejak Pilihan Raya Umum 2011.


"Sejak GE 2011, pemerintah telah membuat perubahan dasar besasr dan baik dan pusingan-U... Ini bukan usaha Parti Pekerja, tetapi terima kasih kepada keyakinan rakyat Singapura untuk mengundi perubahan," ujar beliau.


Kebanyakan perbahasan tertumpu pada dua isu - imigresen dan kos sara hidup.


Dua isu ini juga menjadi tumpuan perbahasan dalam bahasa Cina yang disiarkan satu jam lebih awal.


Encik Wong berkata isu pekerja asing satu isu penuh emosi yang berlaku bukan di Singapura sahaja, malah di mana-mana di dunia.


"Kami memahami perkara ini. Dan apa sahaja yang kami lakukan, dari sudut pandangan PAP dan pemerintah, kami melakukannya demi kepentingan rakyat Singapura," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >