Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WP: PAP perguna agensi pemerintah bagi tujuan politik

Aug 31, 2015 | 09:49 AM



PARTI Pekerja (WP) mendakwa Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah menggunakan jabatan pemerintah untuk menyerang musuh politiknya, sedang pembangkang itu cuba menghilangkan kebimbangan mengenai keadaan kewangan Majlis Bandaran Aljunied-Hougang-Punggol East (AHPETC) kendaliannya.


Bercakap dalam acara memperkenal calon WP bagi pilihan raya umum pada 11 September, pengerusi parti tersebut, Cik Sylvia Lim, menggesa pengundi supaya jangan membuat PAP lebih kuat kerana jentera pemerintah itu akan "makan anda".


Memetik semakan pemerintah yang mendapati bekas ejen pengurusan AHPETC, FM Solutions and Services (FMSS), mengaut "keuntungan terlalu besar" daripada majlis bandaran tersebut, beliau berkata:


"Pengundi perlu memberi perhatian pada soal ini dan tanya diri anda apakah membesarkan jentera ini dan membolehkan PAP menjadi lebih kuat baik untuk kepentingan anda dan kepentingan anak-anak anda.


"Jika anda tidak berhati-hati, mereka akan makan anda juga."


Jentera besar itu boleh berbuat demikian "kerana ia ada begitu banyak sudut dan proksi yang membolehkan ia datang dan mengetengahkan isu-isu untuk cuba mengelirukan dan mengalihkan perhatian orang ramai", tambah beliau.


Kementerian Pembangunan Negara (MND) mengeluarkan kenyataan Sabtu lalu bahawa FMSS membuat keuntungan bersih selepas cukai sebanyak $ 2 juta selepas membayar pengarah dan pemegang sahamnya yuran dan gaji sebanyak $1.14 juta pada tahun kewangan 2013- 2014.


Dalam tempoh sama, majlis bandar itu mengalami kerugian operasi sebanyak $2 juta, kata MND, berdasarkan kajian ad-hoc oleh Lembaga Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra) ke atas juruaudit FMSS.


Cik Lim antara lain menjawab Sabtu lalu bahawa MND membuat "kenyataan tidak betul... bertujuan politik mencemar AHPETC".


MND telah menyatakan ia terpaksa membuat kenyataan umum mengenai perkara tersebut memandangkan wang awam menjadi taruhan kerana FMSS dibayar menggunakan bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan yang dikumpul daripada penduduk dan geran pengurusan dariopada kementerian itu.


Bercakap pada majlis sama, Anggota Parlimen Hougang, Encik Png Eng Huat, yang juga salah seorang naib pengerusi AHPETC, berkata laporan tahunan majlis bandaran itu bagi tahun kewangan 2014/2015 akan diserahkan hari ini dan akan menunjukkan lebihan setelah mengambil kira $7.2 juta geran pemerintah yang ditahan oleh MND.


Pemberian geran itu ditahan disebabkan juruaudit mendapati kesilapan kewangan dalam akaun majlis bandaran itu.


Encik Png berkata lebihan itu hasil daripada langkah-langkah merangsang pendapatan dan mengurangkan kos.


Majlis Bandaran Aljunied kendalian PAP sebelum GRC tersebut jatuh ke tangan WP mempunyai lebihan operasi sebanyak $3.3 juta pada tahun kewangan 2010.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >