Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WP persoal mengapa MOH lewat umum kes jangkitan hepatitis C

Oct 08, 2015 | 10:17 AM



PARTI Pekerja (WP) persoal mengapa Kementerian Kesihatan (MOH) mengambil masa empat bulan untuk mengeluarkan maklumat mengenai penyebaran hepatitis C dalam kalangan pesakit di Hospital Besar Singapura (SGH).


Satu kenyataan pada Rabu (7 Okt) oleh naib pengerusi pasukan media parti itu, Encik Gerald Giam, berkata: "Wabak hepatitis C berpotensi menjadi risiko kesihatan awam. Pengetahuan wabak seperti ini relevan kepada semua rakyat kerana sedang mereka menimbang pilihan rawatan mereka."


Beliau bertanya apakah protokol MOH dalam mengeluarkan maklumat mengenai wabak seperti itu.


Menurut Encik Giam, beliau bertanyakan soalan itu "dengan tujuan mengukuhkan protokol kawalan jangkitan Singapura pada masa akan datang".


SGH mengadakan sidang media mengenai penyebaran hepatitis C, jangkitan hati yang serius, kepada sekurang-kurangnya 21 pesakit ginjal di salah satu wadnya pada Selasa (6 Okt)


Hospital itu menyedari tentang kemungkinan wabak tersebut berlaku pada Mei, selepas tujuh pesakit didiagnosis dalam tempoh empat minggu.


WP berkata: "Walaupun punca wabak itu sedang disiasat, sembarang risiko kesihatan yang berpotensi harus dimaklumkan kepada orang ramai dan institusi penjagaan kesihatan secepat mungkin supaya orang ramai boleh membuat pilihan penjagaan kesihatan berpengetahuan bagi diri mereka sendiri dan orang tersayang, dan institusi boleh mengambil langkah berjaga-jaga."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >