Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ya Kun Kaya Cafe antara 22 kedai F&B diarah tutup kerana abai peraturan Covid-19

Dec 16, 2021 | 05:30 AM



Ya Kun Kaya Cafe di People's Park Centre dan restoran Violet Oon Singapore di Ion Orchard adalah antara 22 gerai makanan dan minuman (F&B) yang diarah ditutup kerana melanggar langkah pengurusan selamat Covid-19 bulan ini.



Pelanggaran itu termasuk tidak memastikan pelanggan mematuhi saiz kumpulan yang dibenarkan, tidak memastikan jarak sekurang-kurangnya satu meter antara kumpulan pelanggan, dan gagal mengurangkan interaksi antara kakitangan dan pelanggan, kata Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.



Sebanyak 11 kedai F&B lain dan 31 individu pula didenda kerana tidak mematuhi pelbagai langkah, seperti membenarkan video muzik dimainkan di dalam premis dan berkumpul dalam kumpulan lebih besar daripada saiz yang dibenarkan.



MSE berkata pihak berkuasa akan meningkatkan penguatkuasaan di kedai F&B dalam tempoh perayaan akhir tahun.



Ini termasuk perniagaan hiburan malam yang telah beralih ke F&B.



"Pematuhan ketat langkah pengurusan selamat adalah penting untuk keselamatan semua orang, terutama di tengah-tengah risiko global varian Omicron (Covid-19)," kata kementerian itu.



Di taman dan pantai yang diurus Lembaga Taman Negara (NParks), 40 butiran individu diambil dari 1 hingga 13 Disember kerana berkumpul dalam kumpulan melebihi had yang dibenarkan.



Tindakan penguatkuasaan juga akan diambil terhadap sekumpulan 22 individu yang didapati bermain bola sepak di Taman Bishan-Ang Mo Kio.



NParks akan menutup akses buat sementara ke sebahagian taman, bahagian-bahagian halaman dan kemudahan - seperti halaman rumput, gelanggang keras, tempat perlindungan dan tempat letak kereta - apabila kawasan itu menjadi terlalu sesak atau pengguna terus tidak mematuhi langkah-langkah Covid-19.



Semua tapak perkhemahan dan pit barbeku di taman yang diurus NParks akan terus ditutup.



"Dalam kita meluangkan masa bersama-sama orang tersayang dan rakan-rakan pada musim perayaan ini, kami menggesa semua orang supaya menjalankan tanggungjawab individu dan mengamalkan tingkah laku bertanggungjawab secara sosial.



"Ini adalah untuk melindungi kesihatan mereka sendiri dan orang lain, di tengah-tengah ancaman yang sedang muncul daripada varian Omicron," kata MSE.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >