Yaacob: Asean perlu teroka peluang dalam wadah tv digital

MENTERI Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, berkata negara-negara Asean boleh meneroka pelbagai peluang dalam wadah televisyen digital.

"Terdapat banyak peluang bagi Asean untuk memanfaatkan wadah ini bagi menyebar maklumat dan mewujudkan masyarakat Asean yang lebih bersepadu," ujar Dr Yaacob.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Persidangan Menteri Bertanggungjawab bagi Penerangan Asean (Amri) di Myanmar hari ini.

Beliau juga menggesa negara Asean untuk terus menyokong penerbitan program setempat yang disasarkan kepada penonton Asean, sekali gus menimbulkan rasa bangga dan merapatkan jalinan dalam Asean.

Dalam ucapannya lagi, Dr Yaacob berkata negara Asean telah mencatat kemajuan dalam peralihan kepada penyiaran digital.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.