Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yaacob berdialog dengan pelajar Singapura di Jordan

Nov 08, 2017 | 10:31 PM



SELEPAS selesai lawatan dua hari ke Kaherah, Mesir, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, berkunjung ke Amman, Jordan pula.



Di Jordan, beliau antara lain melawat beberapa institusi pengajian tinggi dan menyertai sesi dialog bersama pelajar Singapura di sana.



Menerusi laman Facebook beliau tadi, Dr Yaacob yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan berkata beliau gembira dapat bertemu dengan pelajar Singapura yang muda di Jordan bagi mengadakan perbincangan terus-terang tentang aspirasi dan keinginan mereka untuk menyumbang semula kepada Singapura sekembalinya ke tanah air.



Dr Yaacob juga berkata beliau mengadakan pertukaran yang mendalam dengan para cendekiawan Jordan.



Antara isu yang hangat dibincangkan termasuk pendekatan silang disiplin kepada pendidikan.



Selain itu, Dr Yaacob berkata beliau turut melawat Universiti Jordan – institusi pengajian tinggi terbesar dan tertua di negara itu – serta Universiti Sains dan Pendidikan Islam Dunia (Wise).



Dr Yaacob juga akan melawat Kementerian Pengajian Tinggi Jordan di akhir lawatannya ke negara tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >