LEBIH banyak paparan budaya Melayu serta penglibatan ramai belia dalam menghidupkan konsep Wisma Geylang Serai (WGS) bagi tempoh jangka masa panjang.
Itulah dua perkara yang ingin dilihat Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, ketika melawat WGS buat julung-julung kalinya semalam.