Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yaacob hargai ukhuwah Saudi kepada jemaah haji Singapura

Jan 28, 2018 | 05:30 AM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, menyampaikan penghargaannya kepada kerajaan Arab Saudi di atas semangat ukhuwah dan khidmat cemerlang yang diberi kepada jemaah haji Singapura tahun lalu.



Dalam menggulung lawatannya ke Arab Saudi bagi menghadiri Mesyuarat Tahunan Menteri Haji dari Rabu lalu hingga semalam, Dr Yaacob turut mengucapkan terima kasih kepada agensi haji lain seperti Madinah Adilla' kerana dedikasi dan kerja keras mereka dalam memastikan kelancaran ibadah jemaah negara ini dan serata dunia.



Khamis lalu, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Mohammad Saleh Bin Taher Benten.



Menulis di laman Facebooknya, Dr Yaacob, yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber, berkata:



"Sedang kita mendoakan yang terbaik agar rayuan Singapura bagi menambah kuota jemaah haji diluluskan, kita juga akur tentang kepentingan memastikan kebajikan dan keselamatan kesemua jemaah haji dijaga.



"Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa ehwal haji di Arab Saudi bagi memastikan ibadat haji tahun ini lancar dan dilaksanakan dengan jaya."



Dr Yaacob juga bertemu dengan Pengerusi Madinah Adilla', Sheikh Hatim Jaffar Bali, bagi mengucapkan terima kasih di atas pengurusannya yang teliti dan penyediaan khidmat dan kemudahannya yang cemerlang buat jemaah Singapura sepanjang tempoh di Tanah Suci.



"Saya yakin dengan kerjasama yang baik dan utuh antara dua negara - Singapura dan Arab Saudi, kita akan terus bekerjasama bagi memastikan ibadat haji yang lancar dan berjaya tahun ini dan tempoh mendatang," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >