SEMAKAN Presiden Dipilih (EP) bukan sahaja memberi manfaat kepada sesebuah kaum, malah masyarakat berbilang kaum secara keseluruhannya. Warga Singapura juga menerima idea itu kerana kita hidup dalam masyarakat berbilang kaum, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.
"Pada masa depan, atau dalam beberapa tahun lagi, perwakilan (berbilang kaum) bagi jawatan presiden akan mencerminkan hakikat ini... Ia penting bagi kita di Singapura kerana kami yakin pada prinsip ini," kata Dr Yaacob, yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan.