MASYARAKAT Melayu/Islam Singapura harus terus bersatu dan menjalin persamaan yang ada walaupun berbeza pandangan demi memperkukuh lagi perpaduan, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, semalam.
Beliau juga menggalak masyarakat untuk terus memelihara keharmonian yang telah dikecapi Singapura sejak 50 tahun lalu.