Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yaacob ke Kolej Zaytuna, Universiti Stanford, teroka pelbagai model bagi kolej Islam S'pura

Dec 15, 2017 | 01:07 PM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, telah mengakhiri lawatan empat harinya ke beberapa institusi ternama yang menawarkan pengajian tinggi Islam di Amerika Syarikat dan Canada.



Lawatan itu sebahagian usaha mempelajari pelbagai model di serata dunia untuk menyokong langkah menubuhkan kolej Islam di Singapura.



Dalam satu pos Facebook hari ini, Dr Yaacob berkata rombongan beliau telah berpeluang mempelajari model pengajian Islam yang ditawarkan beberapa institusi termasuk Kolej Zaytuna dan Universiti Stanford dalam lawatan ke Amerika Utara itu.



Rombongan Dr Yaacob merangkumi pegawai daripada Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), termasuk Timbalan Ketua Eksekutif Dr Albakri Ahmad.



Antaranya, rombongan itu telah mengadakan lawatan ke Kolej Zaytuna di San Francisco, kolej seni liberal Islam pertama di Amerika.



"Kami mempelajari asas dan prinsip kurikulum Zaytuna, dan cara ia menggabungkan sains Islam dengan subjek moden menerusi pendekatan antara disiplin bagi program mahasiswanya," kata Dr Yaacob, yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan.



Kurikulum itu menekankan teks asas penting daripada tradisi Barat dan Islam, analisis yang kritis, kemahiran bahasa Arab, serta kebiasaan dengan sains Islam serta subjek dari sejarah, falsafah hingga matematik dan astronomi, katanya.



"Pertukaran pendapat bersama anggota fakulti dan pelajar tentang kehidupan keagamaan dan cabarannya dalam dunia moden amat rancak dan mencetus inspirasi," tulis Dr Yaacob.



Rombongannya turut melawat Kesatuan Teologi Siswazah (GTU) dan Pusat Pengajian Islamnya, yang terletak hanya lima minit dari Kolej Zaytuna di 'Holy Hill' atau 'Bukit Suci' Berkeley.



GTU ialah gabungan lapan sekolah teologi swasta dengan 11 pusat serta badan bersekutu, yang diasaskan pada tahun 1962 dan menjalin hubungan dengan Universiti California, Berkeley.



Di GTU, Dr Yaacob menemui Pengarah Pengasas Pusat Pengajian Islam, Profesor Madya Munir Jawa, yang merupakan profesor dalam Pengajian Islam dan Antropologi.



Profesor Madya Munir telah berkongsi pendekatan antara agama GTU terhadap pengajian agama siswazah.



"Amat menarik sekali untuk memahami cara cendekiawan daripada pelbagai tradisi agama bergabung tenaga dalam pembelajaran dan kemajuan ilmu pengetahuan baru," ujar Dr Yaacob.



Dalam lawatan itu, Dr Yaacob mengunjungi bekas sekolahnya, Universiti Standford, untuk meninjau Program Abbasi dalam Pengajian Islam, pusat sumber pelajar Markaz dan Pusat bagi Masyarakat, Pembelajaran dan Pengalaman Antara Agama (CIRCLE).



"Standford ialah universiti menyeluruh yang mempunyai Jabatan Pengajian Keagamaan. Kami ingin mempelajari cara pengajian Islam diajar sebagai minor dalam program Pengajian Globalnya. Program itu juga menunjukkan bagaimana universiti seperti Stanford menyokong penyelidikan antara disiplin terhadap Islam serta masyarakat dan budaya Muslim," ujarnya.



Selain itu, rombongan Dr Yaacob telah mengadakan lawatan ke Universiti Notre Dame di Indiana dan Universiti McGill di Montreal, Canada.



Awal November lalu, Dr Yaacob telah melawat beberapa institusi pengajian tinggi Islam di Timur Tengah termasuk Universiti Al Azhar di Kahirah, Universiti Jordan dan Universiti Sains dan Pendidikan Islam Dunia bagi berbincang dengan pegawai kanan universiti dan cendekiawan Islam terkemuka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >