MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, akan mengetuai delegasi Singapura ke Mesyuarat Menteri Haji tahunan di Arab Saudi dari esok hingga Sabtu ini.
Semasa di sana, beliau akan bertemu dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Mohammad Saleh Bin Taher Benten, kata kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).