Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yaacob lawat Mesir dan Jordan mulai hari ini

Nov 05, 2017 | 05:30 AM



MENTERI Perhubungan dan Penerangan (MCI) merangkap Menteri Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, akan mengadakan lawatan ke Mesir dan Jordan mulai hari ini hingga 9 November.



Beliau akan diiringi pegawai daripada Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) termasuk Ketua Eksekutif, Haji Abdul Razak Maricar.



Di Kahirah, Dr Yaacob, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber, akan menjadi tetamu terhormat di majlis tamat pengajian tahunan bagi pelajar Singapura yang menuntut di Universiti Al Azhar.



Beliau juga akan bertemu dengan pelajar Al Azhar serta pelajar dari institusi pengajian tinggi lain dalam satu sesi dialog.



Dr Yaacob dijadualkan bertemu Presiden Universiti Al-Azhar yang baru dilantik, Dr Mohamed Hossein Abdel Aziz El Mahrasawy, dan Imam Besar Sheikh Ahmed Al-Tayyeb.



Ini diikuti dengan lawatan ke Jordan.



Di Amman, Dr Yaacob dan anggota delegasi akan berkunjung ke institusi pengajian tinggi ulung di sana dan bertemu pemimpin, pentadbir serta ulama daripada pelbagai bidang.



Beliau juga akan bertemu para pelajar Singapura di Jordan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >