Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
3

TANGKAPAN DI BAWAH ISA

Yaacob: Masyarakat perlu bersatu dan berwaspada

Jul 30, 2016 | 05:30 AM

"Saya kecewa dengan penangkapan terkini berkenaan rakyat Singapura yang radikal sendiri. Penangkapan ini dibuat di tengah-tengah serangan pengganas di serata dunia, yang telah menyebabkan kehilangan banyak nyawa yang tidak bersalah. Penangkapan ini ialah peringatan keras bahawa risiko kepada masyarakat kita adalah benar dan mencerminkan bagaimana terbukanya Internet sehingga membolehkan ideologi pengganasan tersebar. Tiada negara yang boleh sepenuhnya menghalang Internet dan menyekat kandungan yang masuk. Apa yang lebih penting ialah ketahanan dan kesepaduan negara dan penduduk negara ini. Justeru, tindakan pantas rakyat melaporkan sebarang ancaman potensi kepada pihak berkuasa adalah kritikal demi memerangi sebarang sebaran pengganasan. Kita perlu kekal berwaspada kerana perang ke atas pengganasan ini merupakan perjuangan berterusan secara global dan kita tidak harus teragak-agak mengutuk kumpulan pengganas yang menggunakan Islam untuk melakukan keganasan. Pada masa yang sama, kita perlu berjaga-jaga terhadap mereka yang seakan menunjukkan sokongan kepada pengganasan dalam apa jua bentuk.

Pada akhirnya, kita tidak seharusnya menyokong ideologi pengganasan. Sebagai satu masyarakat, kita tidak harus patah semangat akibat insiden ini. Sebaliknya, masyarakat Melayu/Islam harus terus bersatu teguh dengan rakyat Singapura untuk menggalak keharmonian kaum dan menjadikan Singapura negara kediaman yang selamat untuk semua."

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >