Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yaacob: MDA wajar tutup laman TRS

May 10, 2015 | 08:07 PM



KEHARMONIAN kaum dan agama di Singapura perlu dipelihara, dan kerana itu, tindakan menutup The Real Singapore (TRS) adalah wajar, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim.


"Sejak 1996, kita hanya campur tangan sebanyak 27 kali. Kami tidak pernah menutup sesuatu lelaman dan hanya melakukannya secara berhati-hati," kata Dr Yaacob kepada wartawan dalam lawatan ke rumah-rumah penerima manfaat Mendaki@Heartlands di kawasan Pasir Ris dan Tampines pagi tadi.


"Tetapi apabila anda melampaui batasan itu, dan dalam hal ini mereka melampaui batasan itu, dan kita mempunyai bukti yang cukup untuk menunjukkan bahawa semua bahan-bahan sangat mengerikan dan mereka benar-benar boleh menyebabkan masyarakat berasa tidak puas hati antara satu kaum dengan yang lain... kita perlu bergerak," kata Dr Yaacob.


Dr Yaacob berkata bahawa Internet itu sangat luas tetapi beliau merasakan mengekalkan keharmonian kaum dan agama yang ada di Singapura lebih penting.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >