YAYASAN Mendaki kini sedang meneroka usaha memperluas khidmat dalam taliannya dan menyepadukan sistem dalam talian Skim Bantuan Kewangan Pengajian Tinggi (TFAS) dan platform Skim Tuisyen Mendaki (MTS) bagi membolehkan pengumpulan data.
Menteri Bertangunggjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, berkata data tersebut kemudian boleh dianalisis dan digunakan bagi mengkaji implikasi dasar dan menyediakan khidmat lebih baik.