Yaacob: Mutu kehidupan Melayu Singapura semakin baik berbanding 50 tahun lalu

MUTU dan taraf kehidupan masyarakat Melayu di Singapura kini semakin baik jika dibandingkan 50 tahun lalu, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim

"Melayu kini adalah pemilik rumah, masyarakat kita juga semakin berpendidikan dan dari sudut ekonomi pula keadaan kita semakin baik," kata Dr Yaacob kepada wartawan di luar sebuah acara Yayasan Mendaki pagi tadi.

"Jadi saya rasa secara umumnya keadaan ehwal masyarakat Melayu/Islam di sini adalah baik," tambah beliau.

Dr Yaacob menyatakan demikian sebagai respons kepada komen-komen mantan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamed dan mantan menteri Zaid Ibrahim yang berbalah tentang sama ada Melayu Singapura lebih baik atau tidak, berbanding Melayu Malaysia.

Minggu lalu Dr Mahathir berkata kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak sekarang ini boleh menyebabkan Melayu Malaysia dipinggirkan, seperti apa yang beliau dakwa berlaku kepada Melayu Singapura.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 41
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.