PEMERINTAH sedang meng- kaji dan menangani risiko serangan siber, termasuk gangguan terbaru terhadap khidmat jalur lebar StarHub dan serangan ke atas penyedia khidmat di Amerika Syarikat, yang menjejas beberapa laman utama Jumaat lalu.
Menyatakan demikian, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, turut menggesa perniagaan agar melabur lebih banyak dalam keselamatan siber bagi melindungi sistem dan pelanggan mereka.