Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yaacob: Setiap rakyat perlu main peranan lestari keharmonian kaum

Jul 25, 2016 | 05:30 AM



SETIAP rakyat Singapura, bukan hanya pemimpinnya, perlu memainkan peranan bagi memastikan negara ini dapat melestarikan keharmonian kaum yang telah dibangunkan sejak 50 tahun lalu.



"Kita tidak seharusnya ambil lewa lewa mengenai isu keharmonian kaum.



"Kita tidak akan tahu jenis pengaruh yang datang ke Singapura kerana kita masyarakat yang terikat," tegas Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, semasa ditemui dalam satu pertandingan sukan, semalam.



Beliau berkata demikian kepada Berita Harian apabila diminta mengulas insiden tembakan di Munich Jumaat lalu melibatkan seorang belia berketurunan Iran yang turut memegang kerakyatan Jerman.



Kelmarin, berikutan siri serangan pengganas di Eropah, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, juga menggesa rakyat Singapura mengukuhkan tekad mereka mengekalkan keamanan dan keharmonian kaum di sini.



Bercakap di luar satu acara sukan masyarakat, beliau berkata dengan adanya keharmonian kaum yang baik, ia membantu negara ini mencegah, memberi respons dan berpulih semula sekiranya ada serangan yang berlaku.



Pertandingan permainan bagi golongan kurang upaya dari segi pendengaran peringkat nasional 2016 itu diadakan di Dewan Badminton Singapura di Lorong 23 Geylang.



"Usaha mengekalkan keharmonian kaum ialah usaha berterusan. Ia seharunya menjadi sebahagian daripada diri kita.



"Kegiatan pendekatan seperti dilihat hari ini dan semasa Minggu Keharmonian Kaum memang baik dan patut dilakukan sepanjang tahun, bukan untuk seminggu saja.



"Kita terus mendekati setiap segmen masyarakat, bukan saja masyarakat etnik, malah kumpulan minoriti lain juga agar mereka rasa sebagai sebahagian daripada Singapura," tambah Dr Yaacob, yang juga penasihat akar umbi GRC Jalan Besar.



Pertandingan permainan bagi golongan kurang pendengaran peringkat nasional yang kedua itu dianjurkan bersama Gerakan Belia Persatuan Rakyat (PAYM) dan Persatuan Sukan bagi Golongan Kurang Pendengaran (DSA).



Ia bermula dengan pertandingan berenang pada minggu lepas dan semalam, peserta bersaing dalam pertandingan badminton.



Jawatankuasa Eksekutif Belia (YEC) Kelab Masyarakat (CC) Kolam Ayer yang sebahagian daripada PAYM turut menyokong pertandingan badminton itu.



Melalui kerjasama itu, YEC Kolam Ayer berharap dapat membawa keluarga dan anak- anak mereka menyertai kegiatan sampingan disediakan semasa berlangsungnya pertandingan itu yang memberi peluang bagi mereka berinteraksi dengan golongan kurang pendengaran, sekali gus meningkatkan kesedaran serta pemahaman tentang golongan itu.



Dalam pada itu, Dr Yaacob juga menyampaikan habuan yang disediakan YEC Kolam Ayer kepada keluarga kurang bernasib baik dengan anak di bawah Skim Bantuan Kewangan Tadika (KiFas) di acara itu.



Habuan itu termasuk beras dan makanan dalam tin.



Mengulas mengenai acara itu, Dr Yaacob mengalu-alukan kerjasama antara YEC Kolam Ayer dengan DSA itu.



"Acara ini menyediakan wadah bagi penduduk Kolam Ayer memahami bahawa golongan kurang upaya tidak bermakna mereka langsung tidak berupaya.



"Ini satu contoh inisiatif dari bawah oleh YEC Kolam Ayer dan DSA membawa kededua golongan ini bersama untuk memastikan mereka yang berupaya atau kurang upaya berasa sebahagian daripada masyarakat yang lebih luas," tambah Dr Yaacob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >