KALI ini saya telah mengadakan perubahan pesat pada kabinet saya. Kami berharap para anggota kabinet baru dapat mengatasi masalah-masalah yang akan datang dan pada masa yang sama bakal mempersiapkan kumpulan pemimpin seterusnya bagi mengambil alih tugas saya dan rakan-rakan pemimpin kanan saya selepas pilihan raya akan datang.
Yaacob Ibrahim akan kekal sebagai Menteri Perhubungan dan Penerangan dan terus bertanggungjawab bagi ehwal masyarakat Islam.