Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yaacob tinjau kebajikan pekerja asing Muslim

Feb 10, 2018 | 05:30 AM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, telah mengadakan kunjungan ke Pusat Riadah Tuas South semalam dalam usahanya meninjau kebajikan para pekerja asing Muslim di sini.



Pusat tersebut menawarkan pelbagai kemudahan riadah untuk pekerja termasuk dewan serbaguna, sudut kecergasan dan padang bola sepak.



Dewan serbaguna itu juga kini digunakan pekerja asing Muslim untuk menunaikan solat Jumaat.



Semasa kunjungan itu Dr Yaacob, yang diiringi Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Haji Abdul Razak Maricar, dan pemimpin kanan Muis, berpeluang menunaikan solat Jumaat bersama sekitar 500 pekerja di pusat itu.



Penggunaan dewan serbaguna itu untuk solat Jumaat merupakan sebuah inisiatif jawatankuasa antara agensi yang bertanggungjawab menjaga kebajikan pekerja asing serta memenuhi keperluan keagamaan bagi mereka yang tinggal di Tuas.



Usaha itu dirintis pada suku keempat 2016 dengan kerjasama Mini Environment Services (MES), Masjid Assyakirin dan Masjid Maarof.



Sejak itu, pelaksaan solat Jumaat di dewan tersebut berjalan lancar.



Sebagai penganjur, MES membuat permohonan bagi penggunaan sementara dewan tersebut bagi solat Jumaat.



Syarikat itu juga mengatur keperluan bagi solat dan membersihkan tempat itu selepas solat selesai.



Muis pula menyokong dengan mengenal pasti imam berpotensi dalam kalangan pekerja asing yang berupaya memimpin solat, menggunakan teks khutbah yang disampaikan dalam bahasa Inggeris atau Bengali.



Dari masa ke masa, Masjid Assyakirin dan Masjid Maarof mengerahkan imam untuk memimpin solat Jumaat di dewan tersebut.



Pusat Riadah Tuas South menerima sekitar 500 jemaah setiap minggu dengan 10 peratus terdiri daripada pekerja di Tuas.



Apabila hari Jumaat jatuh pada cuti umum, bilangan jemaah yang menggunakan ruang itu boleh meningkat seramai 4,000 orang.



Sebuah dewan kedua akan dibuka untuk menampung kehadiran itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >