USAHA menggalakkan masyarakat Islam agar beribadah di masjid yang kurang sesak telah membuahkan hasil, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.
Ini menyusuli maklumat daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang menunjukkan individu dan keluarga telah mengunjungi masjid yang kurang sesak di luar kawasan kejiranan mereka untuk menunaikan solat Jumaat semasa hari cuti umum kelmarin.