Yaccob: S'pura tidak makmur hari ini tanpa Encik Lee

MENTERI Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, dalam ucap takziahnya menerusi Facebook berkata semua yang dilakukan oleh mantan Perdana Menteri Lee Kuan Yew adalah untuk kebaikan Singapura.

"Saya baru mendapat tahu tengtang pemergian Encik Lee Kuan Yew. Encik Lee telah dimasukkan ke hospital selama beberapa minggu. Tetapi berita tentang pemergiannya sungguh menyedihkan.

"Saya bertuah dapat melihat sifat Encik Lee yang serius dan peramah. Beliau jelas dan muktamad dalam membuat keputusan apabila perlu. Ini yang saya lihat dalam mesyuarat-mesyuarat Kabinet yang saya hadiri semasa Encik Lee masih ada.

"Secara peribadi, saya sekeluarga terkejut apabila Encik Lee dan Cik Lee mengunjungi Changi Cottage, di mana, keluarga saya sedang bercuti.

"Dia mahu melihat tempat itu lagi. Dia memberitahu tentang tempat itu, bilik-biliknya dan persekitaran menyenangkan di sekelilingnya. Saya selalu kagum dengan kenangan Encik Lee tentang tempat-tempat, acara-acara dan perbualannya.

"Semua yang Encik Lee lakukan dan setiap keputusannya adalah untuk kebaikan Singapura.

"Hari ini, kami adalah satu masyarakat berbilang bangsa, sebuah kota yang bersih dan hijau, satu ekonomi berjaya. Singapura tidak akan makmur hari ini tanpa Encik Lee. Jangan kita lupa apa Encik Lee lakukan untuk negara kita."

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.