YAYASAN NTUC FairPrice telah menderma $1.2 juta di bawah skim Baucar Makanan FairPrice demi membantu sekitar 20,000 keluarga berpendapatan rendah.
Di bawah skim tersebut, baucar makanan FairPrice akan diagihkan kepada keluarga berpendapatan rendah menerusi pertubuhan akar umbi di 89 kawasan undi dan badan kebajikan terpilih.