Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yayasan Temasek, Kolej Perkhidmatan Awam lancar program pembangunan keupayaan di Timur Tengah

Mar 23, 2018 | 05:30 AM



YAYASAN Antarabangsa Temasek dan Kolej Perkhidmatan Awam Singapura (CSC) telah berganding bahu dengan Kementerian Pembangunan Sektor Awam Jordan (MOPSD) dan Majlis Perwakilan Orang Awam Kebangsaan Palestin (GPC) untuk melancarkan program kecemerlangan perkhidmatan awam.



Kerjasama itu bertujuan untuk membangunkan keupayaan tadbir urus yang baik serta keberkesanan perkhidmatan dan dasar di sektor awam kededua negara.



Menurut satu kenyataan bersama yayasan dan kolej tersebut semalam, program berkenaan disokong geran sebanyak $921,700 terutamanya daripada Yayasan Antarabangsa Temasek.



Program itu adalah sebahagian daripada kerjasama teknikal lebih luas Singapura bagi menyokong usaha meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam Kerajaan Hashemite Jordan dan Penguasa Kebangsaan Palestin (PNA).



Ini adalah kali pertama yayasan tersebut memberi sokongan di Timur Tengah.



Program itu dibangunkan susulan lawatan rasmi Perdana Menteri Lee Hsien Loong ke Israel, Jordan dan wilayah Palestin pada 2016.



Ekorannya, agensi-agensi berkaitan bekerjasama membangunkan program tersebut dengan bertukar idea mengenai tadbir urus dan pentadbiran awam.



Memberikan butir-butir lanjut program tersebut, kenyataan itu menyatakan bahawa sepanjang tempoh latihan selama 18 bulan, satu siri bengkel diadakan di Amman dan Ramallah.



Seramai 125 peserta berpeluang mempelajari lebih lanjut mengenai perjalanan pembangunan Singapura dan menyesuaikan idea yang relevan dalam pembaharuan sektor awam mereka.



Peserta juga berpeluang berhubung dengan pemudah cara di Singapura melalui platform e-pembelajaran di samping lawatan sambil belajar selama seminggu ke Singapura bagi peserta Jordan dan Palestin yang terpilih.



Di Singapura, mereka akan dibawa melawat agensi-agensi awam Singapura dan berinteraksi dengan pegawai awam tempatan.



Majlis pelancaran program itu diadakan di Ramallah semalam turut disaksikan wakil bukan pemastautin Singapura ke Palestin, Encik Hawazi Daipi; Pengerusi Lembaga Yayasan Antarabangsa Temasek, Encik Goh Geok Khim; dan Pengarah Antarabangsa CSC, Cik Tina Ng.



Dalam catatan di Facebook, Encik Hawazi yang turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri PNA, Dr Rami Hamdallah, sempat mengulangi sokongan Singapura terhadap hurian dua-negara (Palestin-Israel), berkata:



"Dr Hamdallah melahirkan penghargaannya terhadap pendirian Singapura sekian lama, konsisten dalam huraian dua-negara dan proses perdamaian Timur Tengah serta sumbangan Singapura terhadap usaha membangunkan keupayaan PNA."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >