PEMERINTAH Singapura berharap keadaan pengangguran tidak menjadi lebih buruk tahun depan sedang pasaran buruh mengikut rentak paras 2016, kata Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran) merangkap Menteri Kedua Pertahanan, Encik Ong Ye Kung.
Dengan kadar pengangguran penduduk kini kira-kira 3 peratus, dan industri, termasuk penjagaan kesihatan, kejuruteraan jitu dan aeroangkasa, menunjukkan prestasi baik dan masih mencari pekerja, pasaran pekerjaan Singapura "tidak buruk sama sekali", kata beliau dalam satu temu bual di Bloomberg TV semalam.