Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ye Kung: Pengundi boleh tulis 'bab pertama sebuah PAP baru'

Sep 08, 2015 | 11:47 AM



Pengundi mempunyai kuasa pada 11 September untuk "menulis bab terakhir PAP, atau menulis bab pertama sebuah PAP baru", berkata calon parti itu bagi GRC Sembawang, Encik Ong Ye Kung, dalam satu rapat di Woodlands pada Isnin malam (7 Sep).


Beliau merujuk kepada kemungkinan Parti Tindakan Rakyat (PAP) tidak kembali berkuasa pada Hari Mengundi.


Encik Ong berkata parti pemerintah bersedia "menambah legasi kami dan berkembang mengikut masa".


Dengan teknologi mengubah politik dan tadbir urus dengan pesat, rakyat Singapura perlu lebih bekerja bersama sekarang, kata bekas kakitangan awam kanan itu, yang masuk politik pada 2011 tetapi tewas sebagai sebahagian daripada calon PAP di GRC Aljunied.


Perpaduan dan kesepakatan - dan peranan PAP sebagai parti yang mahu Singapura bersatu - tema ucapan beliau dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris.


Beliau berpendapat rakyat Singapura tidak "bersatu semula" selepas pilihan raya 2011, sebagaimana biasanya selepas setiap pilihan raya umum.


Bagaimanapun, kematian Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew Mac lalu bertindak sebagai mangkin yang membuat rakyat Saingapura bersatu semula.


Itu "hadiah terakhir (Encik Lee) bagi kita", kata Encik Ong.


Menyeranaikan agenda yang beliau hendak lihat sebagai pengundi, Encik Ong memberi sekilas tentang keutamaan dasar beliau sebagai orang berpotensi menjadi pemimpin politik generasi keempat.


Antara lain, beliau mahu kelayakan akademik diketepikan sebagai kayu pengukur bagi menilai pemohon pekerjaan, dan sebuah pemerintah yang membantu setiap kanak-kanak dengan pendidikan prasekolah bermutu.


Beliau mahu pasukan pertahanan kuat supaya Singapura berdiri teguh dan bangga dalam masyarakat antarabangsa.


"Saya mahu ekonomi Singapura cergas supaya kita sebagai sebuah negara akan sentiasa mempunyai maruah untuk membina hidup kita sendiri, dan tidak bergantung pada kuasa-kuasa besar," kata Encik Ong.


"Saya ingin melihat kepelbagaian tulen pendapat apabila kita membuat dasar-dasar negara, supaya apabila kita bergerak ke hadapan, kita ada konsensus lebih kukuh.


"Saya tidak mahu demokrasi demi demokrasi atau berdebat demi perdebatan sahaja. Saya tidak mahu ikut membabi buta sistem liberal Barat, seperti (di) Amerika Syarikat, kerana mereka sendiri tahu sistem mereka tidak berkesan," ujar beliau.


"Saya mahu sebuah pemerintah yang berkeupayaan dan stabil dan mentadbir negara dengan baik, kerana jika kita tidak mempunyai itu, maka kita tidak boleh mempunyai segala-galanya yang saya senaraikan di atas," rumus Encik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >