Sudah lebih dua bulan Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South West, Cik Low Yen Ling, berkhidmat sebagai pengerusi Jawatankuasa CDC. Di permulaan penggal tiga tahun itu, beliau menggariskan beberapa cabaran yang harus diharungi kelima-lima CDC dan rancangan untuk berdepan dengan isu-isu tersebut. CDC South West pula akan memberikan penekanan kepada pembelajaran sepanjang hayat yang selaras dengan skim SkillsFuture. Pelbagai inisiatif telah dibangunkan CDC South West demi mencapai matlamat mereka yang seiras dengan skim pemerintah itu. FARAH REZAL (rfarah@sph.com.sg) mengupas cabaran serta inisiatif CDC tersebut.
WALAUPUN telah memulakan penggal sebagai penyelaras bagi kelima-lima Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Mei lalu, komitmen dan keinginannya berkhidmat untuk masyarakat terserlah.