ENCIK Zainal Sapari (GRC Pasir RisPunggol) telah menggariskan tiga perkara yang boleh dilakukan masyarakat Melayu/Islam bagi meraih hasil daripada penyusunan strategi ekonomi yang sedang dilalui Singapura di Parlimen tadi.
Pertama, pekerja Melayu/Islam boleh mengambil kesempatan meningkatkan kemahiran mereka atau mendapat kemahiran baru melalui kursus Skim Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) yang bersubsidi daripada pemerintah.
Kedua, penting bagi pekerja Melayu/Islam menggunakan kelebihan pada diri mereka dari segi kerjaya, pendidikan dan pemahaman tentang tatasusila kehidupan Singapura bagi bersaing dengan pekerja asing di sini, katanya.
Ketiga, syarikat kecil dan sederhana Melayu/Islam boleh menganggotai Dewan Peniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) bagi menggunakan rangkaian yang ada untuk saling membantu dan bekerjasama.