Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy bantu Persatuan Hira agih habuan Raya

Jul 04, 2016 | 05:30 AM



MENJELANG Syawal, Encik Mubarak Abdullah, 53 tahun, perlu menyiapkan pelbagai kelengkapan Hari Raya untuk keluarganya.



Namun dengan gaji lebih $1,000 sebulan sebagai pekerja pembersihan, Encik Mubarak berasa 'sempit' mahu menyiapkan segala keperluan itu.



Oleh itu, beliau bersyukur menerima habuan dalam bentuk kuih Hari Raya dan wang sebanyak $70 daripada Persatuan Hira semalam.



"Saya dah beli baju Raya, berikan duit kepada isteri dan ibu saya tapi belum sempat (membeli) juadah dan kuih Raya. Saya gembira kerana habuan ini dapat meringankan beban menjelang Raya," ujarnya.



Encik Mubarak merupakan antara 130 penerima habuan menjelang Syawal daripada Persatuan Hira di Masjid Ar-Raudhah di Bukit Batok semalam.



Menurut pengasas Persatuan Hira, Ustaz Rasman Saridin, habuan itu diberi khususnya bagi keluarga pesalah dadah yang susah.



"Ini merupakan tahun keenam kami mengagihkan habuan ini dan setiap tahun jumlah pemohonnya meningkat, tapi pihak kami harus menapis permohonan mereka agar dapat membantu mereka yang lebih memerlukan," ujarnya.



Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Zaqy Mohamad, yang menghadiri acara tersebut selaku tetamu terhormat, berkata usaha murni Persatuan Hira mengagihkan habuan Hari Raya kepada golongan yang memerlukan itu mencerminkan semangat membantu masyarakat.



"Saya gembira melihat masyarakat kita terus menabur bakti dan menambah kebajikan, terutama bagi membantu golongan yang memerlukan," ujarnya.



Selain usaha masyarakat membantu golongan susah dengan mengagihkan habuan, Encik Zaqy turut menarik perhatian jumlah sekitar $42 juta yang disumbangkan masyarakat Islam setempat dalam bentuk zakat kepada pertubuhan Melayu/Islam tahun lalu, dengan jumlahnya meningkat saban tahun.



Katanya, jumlah itu bukan kecil dan memaparkan kemakmuran masyarakat.



Memandang ke hadapan, beliau turut menggesa masyarakat 'melabur' bagi generasi akan datang agar mereka dapat terus menikmati kemajuan dan kemakmuran yang lebih baik, seperti mana generasi lalu telah 'melabur' bagi generasi hari ini.



Dalam pada itu, kumpulan sukarelawan Project Goodwill Aid (PGA) turut mengagihkan habuan berupa barang dapur, makanan serta kuih Raya bagi sekitar 1,000 keluarga yang memerlukan - yang kebanyakannya tinggal di flat sewa - semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >