Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy ganti Halimah sebagai penasihat akar umbi GRC Marsiling-Yew Tee

Aug 09, 2017 | 05:30 AM



ANGGOTA Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Zaqy Mohamad, telah dilantik sebagai penasihat pertubuhan akar umbi (GRO) GRC Marsiling-Yew Tee bagi menggantikan Cik Halimah Yacob.



Cik Halimah, yang telah mengumumkan hasratnya bertanding dalam Pilihan Raya Presiden, telah mengundur diri daripada peranan tersebut kelmarin, kata Persatuan Rakyat (PA) dalam satu kenyataan semalam.



Menurut kenyataan itu, pelantikan Encik Zaqy, 42 tahun, berkuat kuasa semalam, dan beliau akan terus memainkan peranan sebagai penasihat GRO GRC Chua Chu Kang.



Encik Zaqy memberitahu Berita Harian bahawa Cik Halimah telah melaksanakan banyak program bermanfaat di kawasan Marsiling, meskipun dalam hanya tempoh dua tahun di sana.



"Tumpuan saya buat masa ini adalah memastikan program itu terus berjalan dan penduduk masih dapat meraih manfaat daripadanya.



"Saya juga akan mengambil sedikit masa untuk belajar dan memahami apakah keperluan di kawasan itu," ujar Encik Zaqy.



Beliau akan membahagikan masa untuk menghadiri sesi bertemu penduduk (MPS) di GRC Chua Chu Kang dan GRC Marsiling-Yew Tee.



Ini akan dilakukan dengan kerjasama pasukan penasihat akar umbi di GRC Marsiling-Yew Tee termasuk Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong; Encik Ong Teng Koon; dan Encik Alex Yam Ziming.



Cik Halimah, 62 tahun, berkhidmat di GRC Jurong sekitar 14 tahun dari November 2001, sebelum berpindah ke GRC Marsiling-Yew Tee dalam Pilihan Raya Umum pada September 2015.



Di GRC Jurong sebelum ini, menurut PA, Cik Halimah telah memperkenal beberapa program kesejahteraan fizikal, mental dan sosial bagi penduduk Bukit Batok East.



Ini termasuk perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan penubuhan Hab Khidmat Sosial untuk membantu warga emas kekal aktif dari segi sosial.



Di Marsiling pula, kumpulan akar umbi di bawah pimpinan Cik Halimah telah melaksanakan program seperti menyokong kanak-kanak daripada keluarga bergaji rendah dari segi akademik dan pembangunan peribadi, dan bekerjasama rapat dengan rakan masyarakat untuk membantu keluarga yang memerlukan.



"PA berterima kasih kepada Cik Halimah bagi khidmat dan dedikasi amat berharganya dalam memimpin pertubuhan akar umbi di GRC Jurong dan GRC Marsiling-Yew Tee dan moga beliau berjaya dalam usaha beliau seterusnya," kata PA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >