Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy gesa kesatuan, firma sedia saluran bagi pekerja ketengah isu keselamatan

Ada pekerja bimbang majikan tindak balas jika mereka kemuka kebimbangan keselamatan
Nov 02, 2022 | 05:30 AM



KERJASAMA tiga pihak antara pemerintah, kesatuan sekerja dan majikan penting dalam memastikan Singapura berupaya mencapai matlamat keselamatan dan kesihatan di tempat kerja (WSH) 2028, kata Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.



Strategi WSH 2028, yang diumum pada 2019, bermatlamat mengurangkan kadar kemalangan maut di tempat kerja daripada purata 1.1 setiap 100,000 pekerja setahun kepada kurang satu dalam enam tahun akan datang.



Untuk mencapainya, Encik Zaqy berkata kesatuan memainkan peranan penting dalam mengukuhkan usaha asas melibatkan pengurusan syarikat dan menyediakan saluran selamat bagi pekerja mengetengahkan isu dan kebimbangan keselamatan.



Beliau berkata pekerja melakukan tugas di barisan hadapan yang selalunya paling terdedah kepada risiko keselamatan di tempat kerja sering takut bercakap tentang isu keselamatan kerana bimbang ada tindakan balas oleh majikan.



"Ini boleh mewujudkan budaya bekerja di mana mereka berdiam mengenai kebimbangan keselamatan mereka, atau bahkan mengambil jalan pintas untuk memenuhi tarikh akhir.



"Dalam sesetengah kes, walaupun pekerja mengambil langkah mengemukakan kebimbangan mereka kepada penyelia, kebimbangan itu mungkin tidak ditangani," kata Encik Zaqy dalam ucapannya di majlis Anugerah dan Forum U Safe yang dianjurkan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) semalam.



Oleh itu, beliau menekankan peri penting kesatuan memainkan peranan mereka menyediakan wadah boleh dipercayai bagi pekerja mengemuka keprihatinan keselamatan.



Sebanyak 40 kematian di tempat kerja berlaku tahun ini setakat ini, berbanding 37 keseluruhan tahun lalu.



Namun, Encik Zaqy melahirkan rasa gembira atas kerjasama antara kesatuan dengan majikan bagi meningkatkan penggunaan amalan progresif WSH.



Semalam, NTUC mengiktiraf 19 kesatuan, syarikat mempunyai kesatuan serta syarikat kecil dan sederhana (SME) yang menunjukkan semangat WSH 2028 dalam menjaga kesejahteraan pekerja dalam acara di Institut Devan Nair untuk Pekerjaan dan Daya Kerja itu.



Ia jumlah pengiktirafan tertinggi sejak anugerah itu bermula pada 2015.



Antara lain, Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan (NTWU) mendapat Anugerah U Safe U Advocate (Kesatuan), SBS Transit Rail diberi Anugerah U Safe U Champion (Syarikat), dan D-Team Engineering Pte Ltd mendapat Anugerah U Safe U SME.



Di majlis sama, Penolong Setiausaha Agung NTUC, Encik Melvin Yong, berharap pencapaian pemenang anugerah itu dapat merangsang lebih banyak syarikat untuk terus menjaga keselamatan pekerja mereka.



"Melalui Anugerah dan Forum U Safe NTUC, kami ingin mengiktiraf usaha kesatuan dan syarikat yang memastikan pekerja dan tempat kerja kita selamat.



"Adalah menggalakkan apabila kita dapat melihat bilangan insiden di tempat kerja berjaya dikurangkan apabila kesatuan dan pengurusan syarikat kita bekerja rapat dan komited terhadap keselamatan pekerja kita dan tempat kerja," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >