Zaqy: Kuatkan benteng tangani IS

MASYARAKAT Melayu/Islam perlu menguatkan lagi benteng supaya ia tidak dipengaruhi idea-idea ekstremis dan ganas, termasuk menerusi ruangan siber, kata Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Zaqy Mohamad.

"Kumpulan-kumpulan ekstremis seperti militan Negara Islam (IS) kini memanfaatkan Internet dan media sosial untuk meluaskan pengaruh mereka, dan menarik penyokong dan merekrut ahli-ahli.

"Kekejaman yang dilakukan militan IS bertentangan dengan ajaran Islam dan melanggar undang-undang antarabangsa.

"Sebab itulah, Singapura tidak teragak-agak untuk mengambil pendirian tegas dalam usaha menentang IS. Kita tidak boleh membiarkan kekejaman IS berleluasa sehingga membawa kemusnahan dan menjejas keselamatan awam.

"Pengaruh ganasnya juga perlu dibendung. Kita harus menguatkan lagi benteng kita dari dipengaruhi idea-idea ekstremis dan ganas, termasuk menerusi ruangan siber," jelas Encik Zaqy lagi.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Peraduan Esei Cabaran Mufti anjuran Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dengan sokongan Berita Harian dan institusi pengajian Islam swasta, Andalus, yang berlangsung di institusi pengajian swasta, MDIS, hari ini.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 32
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.