PEMERINTAH harus menjalankan kajian meliputi seluruh Perkhidmatan Awam mengenai kesan saranan Aspire ke atas Perkhidmatan Awam serta bidang-bidang di mana transformasi dan perubahan diperlukan.
Menyatakan ini semalam, Encik Zaqy Mohamad (GRC Chua Chu Kang) berkata Pemerintah harus meneraju inisiatif tersebut, dan perubahan yang dibuatnya kelak akan memberi kesan dan mungkin menjadi tanda aras bagi sektor privet.