Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy: Usahawan dan SME boleh menyumbang kepada masyarakat

Apr 19, 2018 | 05:30 AM



GOLONGAN usahawan serta syarikat kecil dan sederhana (SME) boleh memainkan peranan memberi sumbangan kepada masyarakat, kata Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zaqy Mohamad.



Ini kerana golongan itu juga mempunyai banyak potensi dalam membantu masyarakat dengan bakat dan tenaga mereka.



Misalnya, mereka boleh bekerjasama dengan pertubuhan kebajikan sukarela (VWO) dalam membangunkan huraian baru bagi isu yang dihadapi masyarakat, kata Encik Zaqy yang merupakan salah seorang anggota panel penasihat Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).



"Saya rasa adalah penting untuk kita meluaskan jangkauan kita di luar karyawan serta golongan yang memang sudah tidak asing dengan kami dan sudah pun kami dekati.



"Adalah penting juga untuk kita melibatkan syarikat kecil dan usahawan kita. Saya rasa ini satu golongan yang kita tidak manfaatkan secukupnya bakat dan kreativiti mereka.



"Dalam suasana sekarang, kita juga melihat ramai karyawan kita memasuki alam keusahawanan... untuk mencuba membangunkan perniagaan digital dan sebagainya," ujar beliau.



Sekiranya bakat dan tenaga golongan itu dapat dimanfaatkan dengan baik oleh Mesra, Encik Zaqy berkata ia dapat menampilkan pelbagai peluang dan bidang baru kepada usaha Mesra memperluas jangkauannya kepada masyarakat.



"Secara keseluruhannya, Mesra juga ingin melihat pada program yang relevan kepada masyarakat kita dari segi kesihatan dan sebagainya.



"Contohnya, penggunaan teknologi hari ini juga lebih tinggi di kalangan masyarakat kita dan ini membolehkan kita membawa jangkauan kita ke ruang yang mereka rasa lebih selesa, seperti penggunaan teknologi digital, terutama sekali di kalangan remaja," ujar beliau.



Dalam pada itu, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, turut menarik perhatian mengenai perlunya menarik lebih ramai individu tampil menjadi anggota Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC).



"Ini satu program yang ingin kita jalankan, dengan kerjasama pelajar dan karyawan," ujarnya.



Encik Masagos merupakan pengerusi panel penasihat Mesra, yang turut dianggotai Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman; Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim; Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Ehwal Dalam Negeri), Encik Amrin Amin; dan AP GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam, selain Encik Zaqy.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >