Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ziana Zain fail cerai

Apr 08, 2018 | 12:46 PM



MAHLIGAI penyanyi yang terkenal dengan lagu Madah Berhelah, Ziana Zain, kembali menjadi perhatian apabila beliau didakawa sudah memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selasa lalu.



Utusan Online melaporkan bahawa Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 50 tahun, memfailkan tuntutan cerai tersebut selepas suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53 tahun, enggan melepaskannya secara baik.



Sementara itu, Armin Zaharin juga telah hadir di Mahkamah Majistret Shah Alam kelmarin (6 April) untuk sebutan kes mencederakan anaknya dengan menggunakan sebatang rotan.



Apabila ditemui media, peguam pemerhati Ziana, Luqman Mazlan, memberitahu bahawa Ziana dan suami tidak tinggal sebumbung lagi.



“Setakat ini, keadaan anaknya semakin pulih namun masih lagi trauma,” ujar Luqman.



Awal bulan lalu, Armin Zaharin didakwa di mahkamah atas tuduhan menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.



Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun, atau denda atau sebat atau dua dari mana-mana seksaan itu.



Ziana mendirikan rumah tangga dengan Armin Zaharin yang merupakan bekas pramugara kanan Malaysian Airlines (MAS) pada 9 Mei 1998.



Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 19 tahun; Muhammad Ammar, 14 tahun serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, sembilan tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >