Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zika: Johor ambil langkah jaga-jaga tapi tiada sekatan rakyat Malaysia lawat Singapura

May 17, 2016 | 11:15 AM



JOHOR BAHRU: Semua pihak berkuasa kesihatan Johor yang bertugas di pintu masuk negeri itu telah diarah mengimbas pelancong yang datang dari negara yang dijangkiti Zika, selepas Singapura mengesahkan kes import pertama jangkitan Zikanya.



Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan berkata ia tidak mengeluarkan sebarang sekatan ke atas rakyat Malaysia melawat Singapura.



Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Johor, Dr Fatimah Othman, berkata suhu badan pelancong akan disaring dan mereka akan diberi kad amaran kesihatan yang menerangkan tanda-tanda Zika serta menggesa mereka berjumpa doktor jika mengalami gejala itu.



"Kami juga telah meletak kain rentang dan sepanduk dan mengedar risalah di semua pintu masuk antarabangsa di Johor, yang memberi amaran kepada orang ramai mengenai virus Zika," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin (16 Mei).



Beliau menambah bahawa di pintu masuk seperti Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sultan Iskandar, pemeriksaan imbasan haba sedia ada bagi memantau apakah pelawat dari Singapura demam jika mereka tidak memaklumkan kekitangan Imigresen atau Jabatan Kesihatan.



Dr Fatimah berkata Johor dalam keadaan berjaga-jaga selepas Singapura mengumumkan pada 13 Mei seorang Penduduk Tetap (PR) lelaki negara itu, 48 tahun, yang melawat Brazil didapati positif bagi virus Zika.



"Walaupun Kementerian Kesihatan Singapura telah menetapkan ia kes Zika yang diimport dan bukan yang dijangkiti di republik itu, Malaysia dan Singapura sedang berhubungan rapat untuk memantau dan mencegah Zika daripada merebak," katanya.



Hingga 7 April lalu, 672 pelancong yang memasuki Johor dari negara terjejas Zika telah disaring tetapi mereka tidak menunjukkan tanda-tanda virus itu, manakala 5,291 kad amaran kesihatan diedar kepada pengunjung yang telah disaring.



Secara berasingan, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, menasihati rakyat Malaysia menuju ke Singapura supaya sentiasa berwaspada, terutamanya jika mereka mengalami gejala Zika seperti demam, agensi berita Bernama melaporkan pada Selasa.



Beliau berkata kerajaan telah menjalankan ujian saringan ke atas 90,000 individu yang memasuki Malaysia melalui Singapura, selain memberi peringatan kesihatan di semua pintu masuk ke Malaysia. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >