Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zika: Johor perketat kawalan di enam pintu masuk

Aug 31, 2016 | 07:29 AM



Kerajaan Johor sedang meningkatkan kawalan di enam pintu masuk untuk mengekang penyebaran virus Zika ke dalam negeri itu.



Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata pintu masuk itu ialah Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar, Kompleks CIQ Sultan Abu Bakar di Tanjung Kupang, Pelabuhan Johor di Pasir Gudang, Tanjung Pelepas di Gelang Patah, Terminal Feri Puteri Harbour dan Terminal Feri Stulang Laut.



"Kawalan di enam pintu masuk akan diperketat melalui pemeriksaan pelawat dan rakyat Malaysia yang datang dari Singapura dengan menggunakan pengimbas haba untuk menghalang mereka yang suhu badannya melebihi 37 darjah Celcius memasuki negara ini," katanya kepada pemberita semalam.



Pemeriksaan akan dijalankan sepanjang masa oleh Jabatan Kesihatan Johor dan Pejabat Kesihatan Johor Bahru, dengan bantuan Jabatan Imigresen.



Beliau berkata jabatan itu juga menggalak kereta, bas dan lori yang menggunakan Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks CIQ Sultan Abu Bakar dilengkapi semburan serangga untuk mencegah nyamuk dibawa masuk.



Jiran utara Malaysia, Thailand, menyaksikan jangkitan "meluas" virus itu sejak tiga bulan lalu, kata Pusat Eropah bagi Pencegahan dan Kawalan Penyakit (ECDC).



Pertubuhan itu, yang kali terakhir mengemas kini datanya Jumaat (26 Ogos) lepas, mengklasifikasikan sesebuah negara di bawah kategori amaran tinggi apabila ia mempunyai "lebih 10 kes jangkitan tempatan Zika virus", atau "sekurang-kurangnya dua kawasan berasingan melaporkan kes jangkitan tempatan virus Zika", atau jika "jangkitan virus Zika sedang berlaku di sebuah kawasan lebih tiga bulan".



Pegawai wilayah Thai berkata sekurang-kurangnya 23 kes ditemui di luar Bangkok pada bulan-bulan kebelakangan.



Chiang Mai, Phetchabun, Buengkan dan Chanthaburi semua melaporkan mempunyai pesakit Zika.



ECDC juga mengenal pasti Vietnam dan Indonesia mempunyai "jangkitan sekali-sekala" virus itu, yang bermaksud tidak lebih daripada 10 kes jangkitan tempatan dilaporkan di satu kawasan dalam tempoh tiga bulan lalu.



Sementara itu, Australia, Taiwan dan Korea Selatan menasihatkan wanita hamil dan yang cuba hamil supaya mengelakkan perjalanan ke Singapura selepas wabak Zika dijangkiti lebih 50 orang di negara itu.



Mereka yang pulang dari Singapura juga perlu mengelakkan kehamilan selama dua bulan, kata mereka.



Lembaga Pelancongan Singapura berkata ia sedang memantau perkembangan, Singapura kekal sebagai "destinasi pelancongan selamat", dan terlalu awal untuk menimbangkan apa-apa kesan. - Reuters, Bernama




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >