Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zika: Warga digesa hati-hati sebab Singapura 'terdedah' kepada virus

Jan 25, 2016 | 09:46 AM



SINGAPURA tidak boleh menolak kemungkinan virus Zika muncul di sini, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Amy Khor, pada Ahad (24 Jan), sebagai kes itu telah dilaporkan di negara-negara jiran.


Dr Khor, yang juga Menteri Kanan Negara bagi Sekitaran dan Sumber Air, menambah bahawa virus itu disebarkan oleh nyamuk Aedes aegypti, yang sangat biasa di sini dan juga penyebab denggi.


"Singapura akan terdedah kepada potensi virus Zika diimport ke sini, hanya kerana rakyat Singapura banyak pergi ke rantau ini dan, sudah tentu, ada pelancong di sini," katanya.


Selain daripada wabak di Amerika Selatan dan Caribbean, bilangan kecil kes Zina telah dikesan di Malaysia Timur, Kemboja, Filipina dan Thailand, katanya.


Virus Zika pertama kali dikenal pasti di Uganda pada 1947. Jangkitan itu secara amnya dianggap sederhana, dengan ramai orang yang mempunyai virus itu tidak menunjukkan sebarang gejala.


Bagaimanapun, virus itu baru-baru ini dikaitkan dengan kecacatan otak pada janin dan bayi ibu yang dijangkiti di Brazil, mencetuskan kebimbangan meluas. Kaitan itu, bagaimanapun, masih belum dibuktikan.


Doktor penyakit berjangkit, Dr Leong Hoe Nam, berkata simptom denggi dan jangkitan Zika umumnya sama. Bagaimanapun, jangkitan Zika cenderung lebih sederhana, dengan sakit otot dan sakit belakang kurang teruk daripada yang biasanya dikaitkan dengan demam denggi, kata kepada kepada akhbar The Straits Times.


Selain itu, pesakit Zika cenderung mengalami konjunktivitis, lebih dikenali sebagai mata merah.


Dr Leong berkata sehingga sembilan daripada 10 orang yang dijangkiti Zika mungkin tidak menunjukkan tanda-tanda sama sekali.


Pada Ahad Dr Khor berkata walaupun belum ada kes Zina dilaporkan di sini, rakyat Singapura harus sentiasa berhati-hati.


"Mungkin ada kes tidak dapat dikesan, kerana tanda-tanda yang ditunjukkan oleh orang yang dijangkiti mungkin ringan, atau malah mungkin tidak kelihatan," katanya.


Dr Khor berkata demikian ketika ditemui sem asa lawatan ke dua tapak semaian pokok di Thomson Road, di mana beliau mengingatkan pengunjung supaya terus memerangi penyakit denggi semasa Tahun Baru Cina yang akan datang.


Bilangan kes denggi luar biasa tinggi tahun ini, dengan terdapat 136 kelompok aktif Jumaat lepas, berbanding 120 pada minggu sebelumnya.


Pada Ahad, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Kementerian Kesihatan (MOH) mengeluarkan satu kenyataan bersama mengenai kematian denggi pertama tahun ini.


Lelaki berusia 47 tahun itu tinggal di Marsiling Road dalam kelompok denggi aktif. Beliau dimasukkan ke Hospital Khoo Teck Puat Khamis lalu, dan meninggal dunia esoknya.


Dalam satu kenyataan berasingan mengenai virus Zika, MOH menasihatkan orang ramai, terutama wanita hamil, supaya melindungi diri daripada gigitan nyamuk apabila pergi ke negara yang mempunyai jangkitan tempatan.


Mereka harus memakai pakaian yang menutupi badan dan anggota badan, menggunakan penghalau serangga, dan tidur dalam kelambu atau bilik dengan skrin dawai halus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >