Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zoo Singapura sambut anak zirafah pertama dalam 28 tahun

Nov 12, 2015 | 01:24 PM



TAMAN Haiwan Singapura mempunyai seekor penghuni baru - anak zirafah yang dilahirkan buat kali pertama di situ sejak 28 tahun lalu.


Haiwan yang belum diberi nama itu buat kali pertama menghabiskan masa sehari penuh di kandang zirafah pada Khamis (12 Nov).


Dilahirkan pada 31 Ogos lalu dengan ketinggian 1.9 meter, anak zirafah jantan itu kini setinggi 2.3 meter, menurut satu kenyataan taman haiwan tersebut.


Ia anak pertama pasangan zirafah betina Roni dan jantan Growie, yang kededuanya tiba di taman haiwan itu pada 2005.


Pada bulan pertama kelahirannya, penjaga zoo mengasingkan Roni dan anaknya dari kumpulan zirafah lain bagi membolehkan ibu dan bayi itu menjalin ikatan, dan memastikan si anak menyusukan dengan betul.


Secara beransur-ansur kededuanya dicampurkan semula dengan dua lagi zirafah dalam kumpulan itu - Growie dan Lucy, zirafah betina yang tiada kaitan dengan ketiga-tiganya.


Taman haiwan itu berkata ia merancang menganjurkan pertandingan menamakan anak zirafah tersebut dalam beberapa bulan ini.


Pelawat taman haiwan itu digalak mengambil gambar penghuni baru tersebut dan memuat naiknya dengan hashtag # sg50babygiraffe.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >