Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TANGKAPAN DI BAWAH ISA

Zulfikar akui ada 'motif tersembunyi' buka akaun FB Al-Makhazin

* Wadah turut dijadikan alat cetus provokasi di kalangan umat Islam di sini supaya tolak sistem demokrasi Singapura * Promosikan IS dan agung-agungkan tindakan ganas kumpulan militan
Jul 30, 2016 | 05:30 AM



WARGA Singapura, Zulfikar Mohamad Shariff, 44 tahun, yang mula menjadi radikal seawal 2001 melalui bahan bacaan berkaitan jihad, mengaku dia mempunyai motif tersembunyi semasa membuka akaun Facebook Al-Makhazin Singapore yang digunakannya sebagai wadah untuk mengocak isu keislaman.



Wadah itu turut digunakan untuk menyerang sebahagian umat Islam Singapura yang tidak sependapat dengannya.



Dalam kenyataan semalam, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menyatakan:



"Agenda sebenarnya adalah menimbulkan provokasi di kalangan umat Islam Singapura supaya menolak sistem demokrasi dan menggantikannya dengan sebuah negara Islam di Singapura.



"Katanya, dia menyembunyikan motif tersembunyi itu daripada warga Singapura yang juga anggota Al-Makhazin Singapore."



Zulfikar, yang telah membawa keluarganya berpindah ke Australia sejak 2002, ditangkap di Singapura dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bulan ini ekoran terlibat dalam kegiatan berkaitan keganasan.



Tatkala menetap di Australia dan bagi merealisasikan matlamatnya mewujudkan khalifah Islam sedunia, Zulfikar menubuhkan kumpulan dalam talian yang dipanggil Al-Makhazin pada 2013 serta wadah Facebook Al-Makhazin bagi umat Islam menentang media Barat.



Zulfikar mengakui selain hasratnya mempromosikan kumpulan militan IS (atau ISIS) dan jihad bersenjata, dia juga mahu pengikutnya di dalam talian menolak sistem negara demokrasi yang bersifat sekular dan kebaratan serta menggantikannya dengan penubuhan sistem khalifah Islam yang ditadbir undang-undang syariah.



"Dia percaya bahawa pengganasan harus digunakan untuk mencapai matlamat tersebut jika perlu.



"Dengan demikian, Zulfikar telah secara aktif meninjau untuk mengadakan program latihan dengan tujuan meradikalkan anak muda Singapura supaya mereka akan dapat dipujuk supaya menyertai agenda ekstremisnya."



Zulfikar turut menyokong kumpulan pengganas seperti Al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah (JI) di samping mendukung supaya umat Islam mengangkat senjata di Afghanistan menyusuli serangan pengganas pada 11 September 2011 di Amerika Syarikat.



Semasa berada di Australia, dia meneruskan ideologi radikal dengan menyertai pertubuhan tegar Hizbut Tahrir, dipengaruhi ajaran radikal Anwar al-Awlaki, menjalin dan mengekal hubungan dengan pendakwah radikal di Australia dan luar negara seperti Musa Cerantonio dan Anjem Choudary.



Di samping itu, dia turut mempromosikan IS dan mengagungkan tindakan ganas kumpulan itu melalui Facebook.



Dalam masa yang sama, Zulfikar mengeksploitasi agama untuk 'menghalalkan' kegiatan pengganas IS.



Zulfikar turut menggesa umat Islam supaya menggunakan senjata dan 'berjihad' dengan militan di Timur Tengah, wilayah Palestin, Myanmar dan Filipina dan memberi motivasi kepada umat Islam supaya melibatkan diri dalam jihad bersenjata. Dia juga mencadangkan penubuhan sistem sokongan bagi keluarga pejuang.



Menyifatkan penyebaran bahan radikal sebagai satu bentuk jihad, Zulfikar menggunakan media sosial sebagai wadah. Ini dilakukan dengan mewujudkan kesedaran tentang IS serta mempromosi jihad bersenjata selain menjadi penyumbang dalam mempengaruhi sekurang-kurangnya dua warga Singapura.



Mereka terdiri daripada Muhammad Shamin Mohamed Sidik yang ditahan di bawah ISA ekoran kegiatan berkaitan pengganasan.



Seorang lagi ialah Mohamed Saiddhin Abdullah, yang telah mendapat inspirasi melalui pos radikal Zulfikar bergambar bersama anak-anaknya dengan meniru gaya biasa yang dipapar pejuang jihadi sambil berdiri di hadapan bendera hitam yang sering digunakan oleh kumpulan pengganas jihadi itu.



"Memandangkan tingginya tahap ancaman pengganasan yang Singapura hadapi kini dan ancaman pengganasan global yang ditimbulkan oleh IS, langkah Zulfikar mempromosikan pengganasan dan IS serta pengaruh radikalnya menimbulkan ancaman keselamatan kepada Singapura.



"Ada kalanya dia cuba menyembunyikan motivasinya yang sebenar, dengan mengetengahkan pandangan sederhana. Tetapi hakikatnya, dia percaya pada penggunaan pengganasan untuk menggulingkan sistem demokrasi pemerintah, dan mengenakan pemerintahan khalifah Islam.



"Dia terus menyokong IS dan mahu rakyat Singapura melakukan perkara yang sama. Pemerintah memandang serius terhadap usaha melemahkan demokrasi perlembagaan Singapura, dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang terlibat dalam kegiatan sedemikian," tambah kenyataan MHA itu.



Zulfikar kini dikenakan Perintah Tahanan (OD) bagi tempoh dua tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >