Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zulfikar pengaruhi peniaga sokong IS

Jul 30, 2016 | 05:30 AM



MOHAMED Saiddhin Abdullah, peniaga berusia 33 tahun, yang telah menjadi radikal dan kini dikenakan Perintah Sekatan (RO) selama dua tahun, telah menamakan Zulfikar Mohamad Shariff, 44 tahun, yang dikenalinya dalam talian sebagai orang yang mempengaruhinya agar menyokong kumpulan militan IS yang dikenali juga sebagai ISIS.



Dalam kenyataan semalam, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menyatakan: "Saiddhin mengagumi Zulfikar dan mengikuti posnya; dia yakin dengan gambaran positif Zulfikar terhadap ISIS dan kemudian mula mengepos semula pos Zulfikar mengenai ISIS sebagai satu bentuk jihad, mencontohi Zulfikar."



Saiddhin begitu kagum dengan Zulfikar sehingga dia turut mengikut cara Zulfikar mengambil gambar sendiri menurut gaya biasa pejuang jihad iaitu berdiri di hadapan bendera IS.



Dia kemudian mengepos gambar tersebut di dalam talian sebagai tanda perpaduan dengan militan IS yang sedang berperang di Syria dan Iraq.



"Dia telah menjadi radikal melalui bahan bacaan dalam talian dan pengaruh radikalnya," tambah kenyataan MHA.



RO dikenakan ke atas Saiddhin bulan ini bagi mengelakkan dirinya daripada menjadi lebih radikal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >