Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zulfikar Shariff ditahan di bawah ISA kerana menyokong pengganas

Jul 29, 2016 | 04:01 PM



SEORANG rakyat Singapura telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam aktiviti berkaitan pengganas, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (MHA) hari ini.

Zulfikar Mohamad Shariff, 44 tahun telah ditahan di bawah akta itu Julai tahun ini kerana terlibat dalam aktiviti berkaitan pengganas.

Melalui posnya di media sosial, dia telah mengagungkan ISIS serta tindakan ganas mereka serta menyebarkan mesej radikalnya.

Salah satu posnya menunjukkan gambar Zulfikar serta anak-anaknya di hadapan bendera yang sering digunakan kumpulan pengganas itu dengan meniru gaya mereka.

Menurut kenyataan itu, dia juga telah menyumbang kepada proses radikalisasi dua lagi warga Singapura, Muhammad Shamin Mohamed Sidik dan Mohamed Saiddhin Abdullah.

Mohamed Saiddhin, seorang peniaga berusia 33 tahun telah dikenakan Perintah Sekatan selama dua tahun Julai tahun ini.

Menurut kenyataan itu, dia telah terpengaruh oleh bahan-bahan radikal yang terdapat dalam talian dan telah mengenalpasti Zulfikar sebagai individu yang telah mempengaruhinya untuk menyokong ISIS.

Mohamed Saiddhin dikatakan sangat terpengaruh oleh Zulfikar sehingga dia meniru pos Zulfikar di mana dia telah mengambil gambar dengan meniru gaya pejuang ISIS di hadapan bendera mereka.

Mohamed Saiddhin telah dikenakan perintah sekatan untuk menghentikannya daripada menjadi lebih radikal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >